Assalammualaikum semua,
Adakah anda mencari senaman yang efektif untuk dapatkan bentuk badan menawan dengan kos yang minima. Senaman ini mudah dan sangat efektif dalam membentuk tubuh badan anda. Jangan lupa, senaman sahaja tidak akan membantu untuk mendapatkan bentuk badan Idaman. Ia datang dengan pakej tidur yang cukup, dan makan dan minum makanan yang berkhasiat.
1. Lompat tali./Jump Rope
Jadi, lompat tali anda sekarang!
2. Squats
Senaman ini melibatkan full body exercise. Squats mampu menguatkan badan anda dan membakar kalori. Bagi meningkatkan degupan jantung dan membakar kalori,anda boleh buat lompat squat. Atau dengan dumbell. Membuat squat secara kerap adalah satu cara terbaik untuk transform tubuh anda dan meningkatkan kesihatan fizikal.
3. Tekan tubi
Senaman ini bukan untuk lelaki sahaja,ia juga sesuai untuk wanita.
Kebaikan tekan tubi:
- membentukdan menguatkan otot tangan dan bahu
- baik untuk jantung
- baik untuk kadiovascular
- membantu mebetulkan postur badan anda
Pastikan anda buat tekan tubi dengan betul untuk mengelakkan sakit belakang. Pelbagaikan cara dan teknik tekan tubi/push up.
4.Lunges
Lakukan senaman seperti di atas untuk kuatkan otot kaki dan tangan selain mendapatkan bentuk kaki,dan tangan selain perut dan paha yang menarik.
5. Berenang
Jika anda minat berenang, teruskan. Berenang adalah senaman super efektif untuk menguatkan core anda dan ia membina pelbagai otot di badan.
Kebaikan berenang:
- merendahkan tahap tekanan darah
- menguatkan jantung
- memperbaiki kadar aerobic anda
6. Berlari
Banyak kebaikan berlari ni. Antaranya:
Banyak kebaikan berlari ni. Antaranya:
- meningkatkan kesihatan jantung
- mengurangkan tahap kemurungan
- membakar kalori
- membentuk kaki lebih langsing
- membuatkan anda lebih sihat
Kalau anda tak minat berlari,bolehla berjogging
7.Berbasikal
Berbasikal bukan sahaja mengeluarkan banyak peluh,tapi ia juga untuk membentuk otot kaki, tangan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan jika anda lakukan bersama teman dan ahli keluarga,namun ia juga menjimatkan.
Mudahkan,Ajak kawan-kawan serta ahli keluarga untuk bersama-sama melakukan. Ia bukan sahaja menghiburkan malah menyihatkan tubuh badan.
No comments:
Post a Comment