Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Wednesday, March 12, 2014

MH370 wake up call

Assalammualaikum,

Hari ini masuk hari kelima atau 113 jam telah berlalu sejak MH370 terputus hubungan dan radar.

Kehilangannya menjadi misteri apabila pesawat itu secara tiba-tiba hilang dari radar pada jam 2.40 pagi sabtu 8 Mac 2014.Pencarian MH370 bukannya memberi jawapan malah menambahkan misteri yang makin lama kelihatan mustahil.
Kecanggihan teknologi tidak dapat menandingi  apa yang ditentukan oleh Allah s.wt.
Pelbagai spekulasi  penuh di facebook,twitter yang tidak memberi jawapan kepada pencarian malah ia adakalanya ia menambahkan kemarahan,kekeliruan yang sedia ada.
Walaupun misteri dan sukar dipercayai,ketahuilah sesungguhnya tiada yang mustahil bagi Allah jika ia hendakkan sesuatu.

Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 Allah bertanya kepada makhluk yang bergelar manusia dan jin" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan hai manusia dan jin.

Carilah Hikmah di sebalik kejadian MH370 ini. Mungkinkah ia adalah wake up call kepada umat Islam untuk sentiasa taat pada perintah Allah.

Terus berdoa agar MH370 ditemui.


No comments:

Post a Comment