Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Wednesday, September 24, 2014

Port Dickson: Aktiviti Rekreasi Air digantung tiga bulan

Kerajaan Negeri Sembilan mengambil keputusan menggantung semua perkhidmatan aktiviti rekreasi air di sepanjang perairan Port Dickson selama tiga bulan, berkuatkuasa serta-merta.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata berikutan itu satu jawatankuasa bersama ditubuhkan melibatkan Jabatan Laut, Majlis Perbandaran Port Dickson, polis, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Saturday, September 20, 2014

Filem The Sisterhood with Travelling Pants



Sinopsis:
Mengisahkan 4 sahabat baik Bridget,Tibby, Lena dan Carmen, Carmen secara kebetulan membeli sepasang seluar jeans yang muat pada padanya dan 3 sahabat baiknya.Mereka berjanji untuk bersama walaupun berjauhan.Mereka bersetuju untuk bergilir-gilir memakainya,apabila mereka berpisah buat pertama kali untuk cuti "summer".
Bermula la perjalanan seluar jeans tersebut mengikut pemakainya. Mereka percaya apabila memakai seluar jeans tersebut,impian mereka menjadi nyata. Namun,sangkaan mereka silap.Pelbagai peristiwa berlaku dan membuatkan mereka hilang keyakinan.

Carmen merantau ke South Carolina untuk bertemu ayahnya.
Lena ke Greece untuk bertemu datuk dan neneknya.
Bridget ke Mexico untuk  kem bola.
Tibby bekerja di Wallmart


  • Adaptasi novel karya Ann Brashares.
  • Filem yang menyentuh tentang persahabatan dan  kehidupan remaja perempuan

Ia sebuah filem yang menarik untuk ditonton- Dalam filem tersebut, 4 sahabat tersebut percaya yang seluar jeans tersebut membawa tuah kepada mereka. Namun realitinya, ia tidak menjadi. Kiranya,bukan seluar jeans tu yang bawak tuah tapi keberaniaan mereka untuk berubah membuatkan kehidupan mereka jadi lebih baik. Seluar jeans tu cuma jadi saksi je.:)





Monday, September 15, 2014

Master Thesis vs Coursework




 Assalammualaikum semua.

Ramai kawan- kawan  dah mula sambung belajar Master. Lagi pun sekarang dah mula semester baru.

Tapi ramai gak yang keliru nak sambung Master thesis atau coursework?Kat sini saya kongsikan pengalaman saya.

Saya sambung belajar dalam coursework.
Sebabnya saya nak mendalami dalam bidang kajian. Kalau ambik thesis, fokusnya lebih kepada membuat kajian. Kalau anda rasa, anda ingin mendalami sesuatu bidang-elok la ambik coursework.

Course ibarat meneruskan tradisi belajar ketika di undergraduate.Belajar,kerja lapangan dan exam. Jika rajin, markah boleh excellent. Coursework juga ada thesis dan pratikal selama 1 semester.

Kalau ambik master thesis, fokus anda sepenuhnya pada kajian pada tajuk yang dipilih.Hanya beberapa kelas sahaja yang perlu dihadiri.  Pencarian tajuk sudahlah mencabar, mencari hypothesis lagi termasukla SV. Yup, memang ada lecturer yang membantu tapi mereka hanya membantu bentuk komentar.
Ok yang ni tak perlu, ini perlu ditambah, mana awak dapat idea ni. Kekadang, teguran SV boleh membuat hilang semangat,bagaikan separuh jiwa hilang walaupun niatnya baik untuk membantu.


Penulisan thesis sangatlah kompleks kerana ianya bermula dari kertas proposal lagi. Lebih-lebih lagi bila  SV mencadangkan buatlah tajuk yang tak pernah dibuat orang?
Apa??? Tajuk yang tak pernah di buat orang?itulah yang terbaik. Apatah lagi semuanya harus dibuat sendiri.

Kalau dalam coursework ada kerja kumpulan, boleh buat kerja sama-sama, cari idea sama-sama.

Lagi pula dengan karenah Sv yang pelbagai, Ada yang busy, ada yang tak, ada yang tegas, ibarat killer ada yang ok-linean. Bergantung pada SV.
Akhirnya, bergantung pada rakan-rakan yang sama ambik course

Bila disoal, ini kan post graduate, semua kena buat sendiri, Dah berapa ramai yang lulus Master,ok je..

Jadi terpulang kepada anda semua nak sambung Master thesis atau master coursework, jika anda dari pengajian yang sama seperti undergraduate, saya nasihatkan buatlah Master thesis atau  dalam bidang speciality, kerana kemahiran anda dah pun ada. Jika sambung course yang sama, cuma level yang berbeza, pengajian anda ibarat mengulangkaji undergraduate.
 Kalau bidang pengajian yang berbeza, eloklah sambung Master coursework sebab anda boleh mempelajari teknik, teori, dan subjek dengan lebih mendalam.

setakat ini 2 cent saya. semoga perkongsian ni boleh membantu anda untuk meembezakan master coursework dan thesis.

all the best!