Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Wednesday, September 24, 2014

Port Dickson: Aktiviti Rekreasi Air digantung tiga bulan

Kerajaan Negeri Sembilan mengambil keputusan menggantung semua perkhidmatan aktiviti rekreasi air di sepanjang perairan Port Dickson selama tiga bulan, berkuatkuasa serta-merta.


Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata berikutan itu satu jawatankuasa bersama ditubuhkan melibatkan Jabatan Laut, Majlis Perbandaran Port Dickson, polis, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).



"Jawatankuasa ini sedang meneliti satu tatacara perusahaan pelancongan yang berkait rapat dengan semua aktiviti rekreasi air. Tatacara ini termasuk tempat mengambil penumpang, laluan di darat dan laut dan sebagainya," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa tatacara itu akan diletakkan di bawah peraturan yang akan dikuatkuasakan, dan jika perlu, dijadikan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Operator semua aktiviti rekreasi air ini mesti mengikut peraturan yang digariskan dan jika tidak, kami tidak akan benarkan mereka beroperasi. Yang paling penting bagi kami ialah Port Dickson sebuah tempat pelancongan dan pelancong harus berasa selamat kerana keselamatan mereka sentiasa diberikan keutamaan," katanya.

Mohamad berkata beliau tidak mahu insiden bot (Banana Boat) yang melanggar pengunjung hingga mengakibatkan kematian di pantai Telok Kemang pada 7 September lepas, berulang.

Menurut Mohamad di mesyuarat Exco, langkah ini diambil kerana tidak mahu ada lagi wujud unsur-unsur tidak ambil peduli tentang keselamatan dan peraturan, 

"Insiden malang pada 7 Sept lepas bukan kali pertama berlaku. Sebelum ini kami sudah beritahu, tetapi ramai yang tidak ambil peduli. Kami tidak mahu perkara seperti itu berlaku lagi.


No comments:

Post a Comment