Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Saturday, November 8, 2014

Senaman untuk Bentuk Badan Langsing



Assalammualaikum semua,


Adakah anda mencari senaman yang efektif untuk dapatkan bentuk badan menawan dengan kos yang minima. Senaman ini  mudah dan sangat efektif dalam membentuk tubuh badan anda. Jangan lupa, senaman sahaja tidak akan membantu untuk mendapatkan bentuk badan Idaman. Ia datang dengan pakej tidur yang cukup, dan  makan dan minum  makanan yang berkhasiat.






                        

1. Lompat tali./Jump Rope





Siapa kata lompat tali hanya untuk kanak-kanak?. Lompat tali atau tali skipping mampu untuk membakar kalori anda per minit. Senaman ini hanya memerlukan kos yang murah dan anda boleh lakukan di mana sahaja.Ia juga boleh dilakukan bersama ahli keluarga terutamanya dengan anak-anak.
Jadi, lompat tali anda sekarang!


2. Squats



Senaman ini melibatkan full body exercise. Squats mampu menguatkan badan anda dan membakar kalori. Bagi meningkatkan degupan jantung dan membakar kalori,anda boleh buat lompat squat. Atau dengan dumbell. Membuat squat secara kerap adalah satu cara terbaik untuk transform tubuh anda dan meningkatkan kesihatan fizikal.

3. Tekan tubi



Senaman ini bukan untuk lelaki sahaja,ia juga sesuai untuk wanita.
Kebaikan tekan tubi:


  • membentukdan menguatkan otot tangan dan bahu
  • baik untuk jantung
  • baik untuk kadiovascular
  • membantu mebetulkan postur badan anda
Pastikan anda buat tekan tubi dengan betul untuk mengelakkan sakit belakang. Pelbagaikan cara dan teknik tekan tubi/push up.

4.Lunges


Lakukan senaman seperti di atas untuk kuatkan otot kaki dan tangan selain mendapatkan bentuk kaki,dan tangan selain perut dan paha yang menarik.

5. Berenang

Jika anda minat berenang, teruskan. Berenang adalah senaman super efektif  untuk menguatkan core anda dan  ia membina pelbagai otot di badan.
Kebaikan berenang:
  • merendahkan tahap tekanan darah
  • menguatkan jantung
  • memperbaiki kadar aerobic anda
6. Berlari



Banyak kebaikan berlari ni. Antaranya:

  • meningkatkan kesihatan jantung
  • mengurangkan tahap kemurungan
  • membakar kalori
  • membentuk kaki lebih langsing
  • membuatkan anda lebih sihat
Kalau anda tak minat berlari,bolehla berjogging

7.Berbasikal



Berbasikal bukan sahaja mengeluarkan banyak peluh,tapi ia juga untuk membentuk otot kaki, tangan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan jika anda lakukan  bersama teman dan ahli keluarga,namun ia juga menjimatkan.


Mudahkan,Ajak kawan-kawan serta ahli keluarga untuk  bersama-sama melakukan. Ia bukan sahaja menghiburkan malah menyihatkan tubuh badan.


No comments:

Post a Comment