Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Monday, May 26, 2014

5 Cara telefon anda boleh rosakkan hidup anda



Baru-baru ini Trey Songz melancarkan lagu baru bertajuk Smartphones dimana klip video tersebut menunjukkan beliau kantoi berfoya dengan wanita lain di belakang isteri beliau. Bagaimana boleh kantoi? Sebab tersalah dial. Klip tersebut boleh dijadikan pengajaran, bagaimana telefon pintar mampu merosakkan hidup anda (sedangkan cari penyakit, siapa suruh cari perempuan lain?)



Anda mesti kena marah kalau tak balas mesej dalam masa 20 minit


Kalau isteri anda hantar mesej dan anda tak balas dalam masa 20 minit, awas. Balik rumah mungkin kena tumbuk. Tambah lagi kalau isteri anda seorang peninju Muay Thai. Kalau telefon dan tak jawab, mungkin dalam mesyuarat. Tetapi kalau mesej tak dibalas, mesti buat benda yang tak patut dibuat.

Mudah tersilap hantar Whats App

Jangankan anda, saya pun sering kali melakukan kesilapan ini. 
Lepas tu,terpaksa la mengaku tersalah hantar.Nasib baik tak nampak muka,kalau tak,malu beb.


Bila buat salah orang boleh screenshot kesilapan anda

Yang ini, kena hati-hati, nanti satu dunia tahu. Tak pasal-pasal popular segera. Lagi satu bila whats up,mesti selalu typo kan. Pastu jadi bahan gelak kat kawan-kawan lain. Nak tulis Amal, terjadi Anal.Haru dibuatnya.


Orang boleh buat-buat macam tak terima mesej anda


Pada hal rasa dah send, tetapi kenapa buat macam tak tahu sahaja? Bila tanya, boleh pula jawab, tak ada pun terima mesej apa-apa. Jangan buat tak tahu, saya pun selalu bagi alasan ini. Dalam hati sebenarnya malas nak layan.

Anda boleh tersalah dial

Tanpa disedari kalau anda jenis suka letak telefon dalam poket, mudah terdial nombor sesiapa. Ini memang langkah yang biasa memudaratkan hidup sesiapa pun. Beritahu majikan bahawa anda demam, tetapi sebenarnya sedang berpesta. Sebab tersilap dial ini sudah tentu akan kantoi dan dibuang kerja. 

original artikel oleh AtiqaH juana

No comments:

Post a Comment