Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Thursday, February 2, 2017

Tips dapat Master Phd


3 Tips penting pasal Master & Phd

Ramai yang gagal Master dan Phd sekalipun mereka cerdik.
Satu perkongsian dari Dr Yazid Zul.
Waktu saya buat Phd dulu, supervisor saya Dekan bahagian post graduate. Dia selalu kongsi rahsia kenapa pelajar gagal. 

  1.  Fokus pada nasihat supervisor. 
Supervisor kita tu orang pakar dalam bidang dia. Kalau dia kata pendapat kita salah, jangan buang masa gaduh dengan dia. Sebaliknya renung betul-betul nasihat dia. Lebih separuh kes orang gagal Phd sebab punca dari gaduh dengan supervisor. 
Supervisor patut jadi bestfriend kita-bagi tunjuk ajar dan bimbing kita. Dia la nanti bela kita depan examiners. Biasanya examiners akan bagi muka kat supervisor kita. Kalau dia kata kita layak lulus dan sahkan thesis tu, biasanya examiners akan hormat keputusan tu. Tapi kalau supervisor rasa kita tak layak lulus, jarang examiners akan luluskan jugak.Kita tak boleh harapkan supervisor kita untuk mesej,call  tanya status dan progress kita. Sebaliknya,kita la yang kena hubungi dia, atau tetapkan masa perjumpaan. Contohnya setuju nak jumpa 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali. 
Jangan bagi jawapan gedik macam "dah hantar mesej tapi supervisor tak reply"
Ingat kita yang nak jumpa sv bukan supervisor yang nak jumpa kita.

2. Buat thesis dengan KEMAS dan BERDISIPLIN.
Buat tesis ni tak sama dengan buat kerja rumah atau assignment. Paling kurang, bahasa kena betul, fakta kena betul. Citation kena konsisten. Kurangkan kesalahan grammar atau terlalu teruk sampai supervisor tak boleh baca.
Disiplin juga sangat penting. Jangan menulis bila nak menulis sahaja. Sebelum mula tulis tesis,buat timetable. Lepas tu, ikut schedule tu betul-betul. Usah tunggu mood baru nak tulis, kena disiplinkan diri.
Jangan over, jangan paksa diri sampai stress- tak makan,tak bersosial,
Luang masa untuk kawan dan famili.

3. Jangan plagiat
Kena hati-hati. Jangan sesekali biasakan diri dengan cut dan paste, benda ni akan makan diri.
 Sebabnya semua lecturer ada access pada database dan sistem yang boleh check apa-apa unsur plagiat macam Turnitin. Biar habis lambat daripada siap awal tapi plagiat pastu kena buang universiti.
Good luck

No comments:

Post a Comment