Pages

Saturday, February 4, 2017

Tips Berjaya Dalam Temuduga/ Resume



Assalammualaikum,
Buat adik- adik yang nak mohon kerja tu, kat sini, akak bagi tips untuk dapat kerja. Ini adalah review kes yang kena reject interview. Sebab orang gagal temuduga.

  1.   Lupa tarikh dan masa temuduga
Kes ini selalu berlaku. Pastu siap call
" Maaf Miss, saya tertidur, boleh tak arrange tarikh untuk saya" 
Memang tak la dik oi.. Terus dia reject ko dik
Pastikan REMINDER diri sendiri tentang tarikh dan masa temuduga.
Temuduga kena datang on time. Barulah orang nampak ko serius nak kerja. Ingat, banyak calon yang layak lagi.

2. Reference
Tolonglah dik, jangan letak reference ko abang atau kakak ko sendiri.
References tu maksudnya rujukan dari majikan lama tau. Contact number bos lama korang.
Kalau tak pernah kerja sebelum tu, reference letak contact number lecturer yang kenal korang.  Kalau letak nama prof korang, pastikan dia tahu.Kang, majikan baru call dia, prof korang cakap tak kenal. Haru.
3.  Email
Email yang korang letak dalam resume tu biarlah nampak profesional
contohnya 
Syakirahahmad@yahoo.com

BUKANNYA
babeme9898@yahoo.com. Ini basic dik, email biar profesional. Kalau takde create. Sebabnya kalau yang email yang namanya funky2 agak tipis untuk bakal majikan buka.

4. Expected Salary
Letak berapa gaji yang korang nak. Agak-agak la jugak. Buat kajian tentang gaji anggaran gaji bakal diterima. Jangan tinggi sangat, jangan rendah sangat. 
Jangan nak gatal tangan, expected salary - can be negotiate. Ko nak nego apa dik? Berapa gaji yang ko nak?

Ini semua basic rules, yang job seeker kena ikut
Be profesional bila nak mohon kerja ok. 

No comments:

Post a Comment