Featured Post

Muka Penjenayah Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Dendam sampai bakar

 Persoalan tentang punca kebakaran hampir terjawab. 7 remaja termasuk 5 suspek utama ditahan bagi membantu siasatan kebakaran pusat tah...

Pages

Sunday, April 2, 2017

6 tabiat bahaya untuk mata( MESTI BACA)


 Tahukah anda, gaya hidup sekarang mengundang kepada bahaya kepada mata.  Berikut adalah senarai tabiat yang bahaya untuk mata.



  1.  Merenung  komputer skrin terlalu lama, sepanjang hari.
Bagi sesiapa yang kerja atau belajar pasti menggunakan komputer lebih kerap. Ini bermakna anda telah memaksa mata untuk bekerja lebih tanpa rehat.
Mengapa ia tak elok untuk mata:
Mata akan mengalami Computer Vision Syndrome: antara simptom adalah -mata menjadi blur, merah, kering.

2, Membaca, Memandu dan Menulis
 Tidak bermaksud aktiviti ini harus dihentikan apatah lagi ia adalah rutin harian kita. Namun, pastikan anda merehatkan mata selama 20 saat selepas 20 minit iaitu, melakukan senaman mata atau memandang ke tempat lain. Jadi jangan terlalu fokus pada sesuatu terlalu lama.


3. Menggunakan telefon sebelum tidur.
Yang  ini ramai yang lalukan. Kononnya nak tidur, jadi padamkan lampu, tapi masih bermain telefon,
Tahukah anda ini sangat bahaya. Selain ia mengganggu otak untuk memberi tafsiran yang anda belum bersedia untuk tidur, Ianya juga menyebabkan tahap pandangan semakin kurang. Keadaan ini dikenali sebagai "transient smartphone blindness" di mana ada kes yang dilaporkan mereka mengalami buta sebelah mata. Sebabnya mata anda dipaksa memfokus pada sesuatu dalam keadaan kurang cahaya.


4. Tidur lewat dan kurang tidur.

Kurang tidur atau tidur lewat juga menyebabkan mata anda kurang rehat untuk menghasilkan nutrien yang cukup untuk mata.

5. Menggunakan Air Cond sepanjang masa.
Dengan cuaca yang panas di negara kita, pasti ramai yang memilih untuk menggunakan air cond sepanjang  masa. Tahukah anda, air cond menyebabkan suhu keliling menjadi kering dan ini menyebabkan mata menjadi gatal, merah.Lagi-lagi yang memakai contact lens.
Jadi pakai kipas ye sekali sekala.

6. Menggosok mata
  Menggosok mata menyebabkan kornea tercalar dan saraf mata yang halus  mungkin pecah.
Jadi usah amalkannya ye.


Tips untuk jaga mata:
Gunakan eye-drop untuk memastikan mata anda lembap dan bersih. Ia bukan membersihkan,namun menyejukkan mata anda.

Rohto eyes drop- Jenama  #1 dalam penjagaan mata


No comments:

Post a Comment